Selasa, 31 Mei 2016

Trio ride Teluk Bahang, Balik Pulau.


بسم الله الرحمن الرحيم
"In the name of God, the Most Gracious, the most Merciful"
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

Oleh sebab kawan aku sorang nie, Mat Arif dok sangat ajak ride walaupun dekat-dekat sebab nak test motor baru dia , Yamaha Y15ZR. Jadi pada 29 Mei 2016, aku, Mat Arif dan Benyamin rancang untuk ride pusing pulau.

Pagi tu lepas breakfast roti canai, kami start perjalanan pendek nie.

Panorama view di Empangan Teluk Bahang

Tiga bujang ber wefie. 

Tiga jentera yang digunakan. Z250, Y150ZR dan CB650F

Wefie depan entopia. Dulu rasanya taman rama-rama. Tak hingat dah.

Entrance ke entopia. Tempat sini sesuai la untuk orang yang bekeluarga. Macam kami nie, dok kat depan ja.

View empangan Teluk Bahang, air agak kurang sebab masa nie rasanya kurang hujan.

Ride nie ride santai ja, dan tak banyak beranti sangat pun. Cuma kami ada singgah ke kenduri kahwin adik seorang rakan sepejabat. Lepas tu kami pi pekena durian dan balik tido.

sekian.

Jumaat, 20 Mei 2016

Kayuhan Pusing Kampung

بسم الله الرحمن الرحيم
"In the name of God, the Most Gracious, the most Merciful"
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"


Balik dari kayuhan Alor Setar, hari Ahadnya, aku saja la buat recovery skit dengan pusing-pusing kampung dengan beskal. Awai-awai pagi, aku start dah. Tadak hala tuju sekadar pusing-pusing. Gambar-gambar dibawah adalah yang berjaya aku snap dengan tab Asus aku.

Memula, selpie MTB dulu.
Kawan bendang dengan terusan dan beberapa buah rumah. Syiok.
Ada kubota dok putaq bendang. Layan-layan.. dulu aku rajin gak naik natang tu.
Selpie dengan kubota jarak jauh.
Jalan offroad tepi bendang.
Jalan dan bendang.
Selpie beskal.
Pokok nun jauh tu, rasa macam nak pi lepak situ ja.
MTB kesayangan yang rantainya dah mula buat hal.
Jalan ketapi baru, yang nie boleh pi sampai Thailand. Pakai letrik, tapi tak penah naik lagi.
Syahdu...
Tebing Sungai Muda, keroh ja ayaq dia. Tapi ayaq nie la yang dok sedut oleh penduduk Kedah dan Seberang Perai.
Jambatan ketapi lama, masih kukuh. Tapi depa blok taknak bagi orang mudah-mudah masuk. Tapi still boleh masuk. Agak kerap aku nampak pengantin-pengantin dok bergambar atas jambatan nie. Memang nostalgia betoi.

My Strava. Nampak jalan lekok-lekok.

Rabu, 18 Mei 2016

Kayuhan Solo ke Kaki Gunung Jerai dan Alor Setar

بسم الله الرحمن الرحيم
"In the name of God, the Most Gracious, the most Merciful"
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"



Ujung minggu, seperti biasa, tiada aktiviti spesific, jadi kali nie, aku rancang nak pergi ke Gunung Jerai dengan MTB. 14 Mei 2016 , 7 Syaaban 1437, awal pagi jam 7.15 pagi, aku mulakan kayuhan ke Gunung Jerai. Tapi bukanlah nak naik sampai atas, sekadar berada di bawah saja.

Kayuhan melalui jalan raya persekutuan, sebab aku tak tau jalan pintas nak pi sana. Ntah ada ntah tiada.
Jalan yang kejap naik bukit kejap turun bukit amat memenatkan sementara nak sampai ke kaki Gunung Jerai. Walaupun dah nampak, tapi sementara nak sampai, memang terasa keseksaannya.. Inilah sebab aku nak kena fit dan kurang skit beban badan nie, kalau tidak, tak dapat lah nak pi jauh lagi sebab cepat penat.


Akhirnya sampai juga ke kaki Gunung Jerai Kedah. Perancangan nak patah balik berubah untuk teruskan ke Alor Setar.

Plan awalnya hanya nak sampai kaki Gunung Jerai dah patah balik, bertukar jadi teruskan ke Alor Setar. Aku pun tak tau apa la yang aku pikirkan. Mungkin sebab awal lagi masa sampai kat kaki Gunung Jerai tu dalam jam 9 pagi. Jadi aku pun teruskan kayuhan ke Alor Setar. On the way, berenti sat minum kat 1 kedai tepi jalan. Lepas tu sebab nak kalut sangat, tertinggai botal air MTB aku. Elok dah jalan jauh dah, nak patah balik , memang tidak la, tak sanggup. Tapi syukur kehidrat Ilahi, pakcik yang jaga kedai tu, sanggup kejar aku dengan motorsikalnya sebab nak pulangkan botal air MTB aku yang tak seberapa tu.
Memang syahdu betul aku rasa, ada lagi manusia yang baik macam nie. Aku ucapkan banyak-banyak terima kasih kat dia sebab sanggup buat macam tu.

Bertentang dengan Perhentian Bas Kota Sarang Semut nie, ada satu kedai makan, kecik ja. Tapi tuan kedai memang terbaik. Dia la yang kejaq aku dengan motor dia sebab nak pulangkan botol air MTB aku.

Posing beskal depan Masjid Zahir Alor Setar.

Menara Alor Setar dari Masjid Zahir. Dekat ja.

Rekod Strava. Hampir 79KM
Balik dari Alor Setar, naik keta yang anak buah aku bawak mai ambik.

Rabu, 4 Mei 2016

Kayuhan MTB Pulau Sayak dan Pantai Merdeka : Labour Day's Ride

بسم الله الرحمن الرحيم
"In the name of God, the Most Gracious, the most Merciful"
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"


Sempena cuti hari pekerja, aku dan member plan untuk buat kayuhan dengan basikal bukit (mountain bike) ke Pulau Sayak dan Pantai Merdeka. Awal pagi, selesai keja lain, lebih kurang 7.15 pagi aku pun gerak ke lokasi perjumpaan, Sekolah Menengah Dato Kailan (dulu nama dia SMK Paya Keladi). 

Jalan yang kami akan guna ikut Lahar Kepar terus ke Kota Kuala Muda dan akhir di Pulau Sayak dengan Pantai Merdeka. Dengan basikal MTB lokel edition aku ber' rim 26 inci dan kawan aku dengan rim 27.5 inchi, memang nampak gaya aku kena tinggai la.

Nampak macam basikal tu tak mampu ja nak tampung rider yang berat.. hehe. Jalan kampung, lengang sebab hari kerja bagi negeri Kedah.

Siap dengan helmet tapi pakai sandal ja, stokin pun tak pakai. Jalan nie dah melepasi Kota Kuala Muda.

Kawan aku selfie guna GoPro4 dia. Kalau harap aku, memang tadak la gambar.

Pantai Pulau Sayak. Kawasan nie terkenal dengan Mee Udang. Banyk kedai makan yang promote mee udang. Sejenis makanan yang aku tak makan.

2 biji MTB park dibawah pokok. Kami rehat kejap, penat wooo. Waktu nie meter beskal aku dah tunjuk 38 KM.

Posing dengan beskal masing-masing. Tapi pantai nie tak berapa cantek, penuh sampah. Manusia dan sampah, memang susah nak kata apa dah. 
Selesai bergambar di Pulau Sayak, kami gerak pula ke Pantai Merdeka. Dekat-dekat situ juga, cuma masa nak mai tu, kena naik bukit sikit jalan dia. Penat tu tak tertanggung.

Pantai Merdeka. Ada gerai-gerai siap. Dah lama tak mari sini, rasa macam dah lebih 10 tahun. Tak ingat dah aku dulu pantai dia macam mana.
Oleh sebab ada sedara kawan aku nie nak mai rumah dia, jadi kami gerak balik agak awai. Rehat kejap ja dekat Pantai Merdeka. Jam 11.45 pagi dah gerak balik. Time tu dah terasa bahang panas yang menyegat dengan matahari terpacak atas kepala.

Kami ikut jalan lain ke Kota Kuala Muda, kemudian ikut jalan ke Tikam Batu untuk lintas Jambatan Merdeka.

Dekat tikam batu, lalu jalan kampung, kami posing seround. Kampung blah mak aku nie sebenarnya.

Jumlah jarak pi balik yang direkod oleh android GPS Speed Graph aku hampir 80 KM.
Hampir sepanjang jalan balik, kami singgah semua gerai yang jual air kelapa, air tebu, air sirap bedal semua. Tak tahan aku , pi pagi , gerak balik tengahhari, tak penah lagi aku buat perangai macam tu.

Isnin, 25 April 2016

Kayuhan Pertama Folding Bike (Basikal Lipat)

بسم الله الرحمن الرحيم
"In the name of God, the Most Gracious, the most Merciful"
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

Akibat kesengketan duit untuk tiap-tiap minggu ride dengan motorsikal, aku decide beli basikal/beskal untuk hilangkan kebosanan aku pada hari minggu. Pi kedai, jumpa la 1 beskal nie, jenis lipat atau orang panggil Folding Bike. Basikal nie kecil ja, body dia pun macam tak padan dengan saiz aku yang besar nie. Tapi sebab dok pikir senang nak bawak balik dengan keta, jadi aku beli la.. brand china kot, tak sure la.. Garion, Rim 24 inci.. tayar jenis halus, macam tayar beskal racing. Tak tau la mampu ka beskal nie bawak aku jalan-jalan.

17 April 2016, aku mula praktis kayuh beskal nie.. dari rumah ke Kiosk Bertam, Jarak pi balik dalam 23KM. Penat sungguh, macam mana la aku nak kayuh gi penang kalau camnie.

Tapi cekalkan hati, 23 April 2016, 15 Rejab 1437, aku pun mulakan kayuhan pertama aku. Tepat 8 pagi, stretching sikit, lepas tu mulala kayuh pelan-pelan. Maka bermulalah perjalana pertama aku dengan beskal yang boleh kira jauh jugak la.

First signboard, menuju Pematang Sintok

Next, jalan Pekan Darat Sg. Lokan.. tapi tak sampai sungai lokan, Masih tak decide jalan yang nak lalu.

Posing beskal depan sekolah, ada rumah-rumah orang dekat situ. Depa tengok semacam ja masa amik gambar, apa la agaknya lelaki obes nie dok buat depan sekolah.

Simpang 3 menuju ke feri, jauh lagi sebenarnya feri tu.

Padang MPSP Buterworth. Ada tim budak-budak sekolah dok praktis bola sepak.

Laluan menuju feri, prepare RM1.40 untuk bayaran naik feri. kalau motorsikal RM2.

Menunggu untuk naik feri. Kawan den ada cakap yang boleh guna laluan VIP (sebelah kiri) kalau naik beskal. Tapi den tak tahu, first time la katakan.
Jelas nyata sorang lelaki obess posing disamping beskal lipat yang tayarnya  halus bak jari.


Turun dari feri, terus menuju lokasi, rumah kawan den yang belajar dan keja sekali. Ini kes tak tau nak pi mana punya hal.

Posing kat atas feri masa waktu balik, sedap juga sandal getah nie guna untuk kayuh pedal beskal.

Park jap ditepi pantai dekat dengan Pelabuhan Penang (Penang Port). Sebelum sampai ke RnR Bagan Ajam.
Waktu nie angin amat-amat kuat, tenaga pun dah makin kurang. Keletihan tak tau nak cakap dah macam mana. Hanya Allah saja yang tau.

Rajin pulak sapa yang kumpul kayu kecik-kecik buat macam unggun api.

Pedal patah masa aku gunakan berat badanku untuk dapatkan tujahan kayuhan.
Badan yang obes dan basikal yang kecil molek, memang tak sesuai langsung.
Masa pedal patah, aku terbabas ke tengah jalan sikit, mujur tiada kereta dan sebijik motorsikal berjaya mengelak.
Ujian dari Ilalhi untuk aku.Basikal aku tuntun hampir 1KM sebelum jumpa dengan 1 kedai basikal di area Teluk Air Tawar. Alhamdullilah.

Ujian kedua selepas pedal yang patah, tayar tetiba pancit. Terpaksa menuntun basikal lebih kurang 500 meter. Alhamdullilah ada kedai basikal berdekatan. Tahap putus asa hampir 80% dah pada waktu ni.

Syukur Alhamdullilah, akhirnya sampai juga ke rumah pada waktu hampir magrib. Jam 7.14 petang. Betul-betul bersyukur.


selepas sampai rumah, badan sakit-sakit tak tertahan dah. Rasa macam tak nak buat dah lepas nie. Tapi rasa puas juga dapat buat benda yang untuk aku, agak mustahil.
Jarak yang direkod oleh GPS henset aku hampir 80km pergi balik. Memang tak sangka obes-obes aku pun boleh buat benda camnie.

Rabu, 13 April 2016

Duo Ride Kembara Negeri Perak via Teluk Batik, Teluk Intan, Kuala Kangsar.

بسم الله الرحمن الرحيم
"In the name of God, the Most Gracious, the most Merciful"
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

Alhamdullilah, kali ini kawan aku mau ride sekali untuk pusing-pusing Negeri Perak. Jadi kali ini tidak jadi solo ride macam selalu, tapi jadi duo ride. Bukan mudah jugak nak ajak kawan aku ni, banyak kali dia tolak semua ride yang dirancang. Ntah kenapa kali ni, dia berkenan untuk join sekali, ok la juga, tadak la aku sesat sorang-sorang dan ada juga kawan untuk sembang-sembang time berenti rehat.

Perjalana kali ni, dibuat pada Sabtu 9 April 2016 bersamaan 1 Rejab 1437, jam 8.30 pagi kami RV dekat RnR juru. Dia mari dari kawasan pulau, jadi kena set RV kat satu tempat la. Tapi bagusnya kawan aku sorang nie, dia jenis awal, 8.15 pagi dah ada kat lokasi. Lepas aku sampai, kami terus mulakan perjalanan. Dari tol Juru naik highway terus ke exit tol Changkat Jering.


Google Map, jalan-jalan yang digunakan kami untuk duo ride kali ini. Ikut map nie jarak lebih kurang pegi balik dalam 472KM tapi bertambah jadi 500KM sebab salah jalan.

As usual, peta yang aku hasilkan untuk rujukan masa ride. Peta jenis sama digunakan masa Kembara 8 Negeri secara solo.


Exit Tol Changkat Jering, Signboard tunjuk jalan ke Lumut.


Oleh sebab keluar awal sangat, kami berenti breakfast di kedai Hassanida dulu. Awal-awal gini aku terus bedal nasi berlauk dah, risau kelaparan.  Selesai makan , terus gerak. Beberapa kilometer depan tu, ada 1 stesen minyak, jadi kami pun topup la minyak masing-masing.

Berhenti bergambar atas jambatan dekat dengan Lumut. Time nie kereta dengan lori banyk, tapi selamba juga kami berenti. Menung jauh kawan aku nie.


Kawan aku nie selfie, aku tumpang ja kat belakang tu. Jentera dia 650cc beza dengan aku yang jenter kecil 250cc ja. Tapi aku belasah ja, bukan nak bawak laju-laju pun.

Suasana atas jambatan sama. Lepas nie, kami teruskan perjalana, matlamat bertukar ke Teluk Batik


Sebelum sampai ke Teluk Batik, singgah makan lagi.Perut lapar, apakan daya. Depan kedai nie, ada simpang ke Teluk Batik.

Lepas tu, kami teruskan ke Teluk Batik. Gambar-gambar dibawah nie, suasana time tu kat sana.


Abang-abang dengan kakak nie tengah dok hidupkan api untuk masak benda. Diorang campaign kot kat sini. Tak pasti la, tapi ramai manusia kat Teluk Batik.


Khemah penyedia bot dengan baju keselamatan.. rasanya.


Nak duduk boleh, tapi kena bayar la.. SEWA.. 


Ramai-ramai tu adalah budak-budak sekolah, tapi tak sure sekolah mana, ada aktivi depa kat sini.


Lagi suasana pantai Teluk Batik.
Lepas minum-minum sambil rehat-rehat, kami teruskan perjalana ke Teluk Intan. Kami budjet sampai di sana dalam jam 2-3 petang. Masa on the way ke Teluk Intan, ada 1 laluan tu, kami nyaris-nyaris bertembung dengan sebiji Alza yang masuk laluan kami. Dia cuba memotong kenderaan yang bersusun-susun time tu.  Menyirap darah aku masa Alza tu betul-betuldepan mata. Syukur dia mengelak ke tepi, jalan tanah. Kenapa la dia pi potong time tak kena, sedangkan belakang kami tak jauh ada lagi kereta, tak lepas pun kalau dia nk potong. Bawa kenderaan di jalan nie, kena pikirkan orang lain sama. Alhamdullilah, kami sampai ke Teluk Intan dengan selamat.

Ambil gambar motorsikal jer la, depan menara condong.

Kompleks Menara Condong, sebelah menara tu ja. Tapi tak masuk ke sana, sebab kami nak gerak terus lepas solat.
Selesai solat, kami teruskan perjalanan ke Kellie's Castle. Kali ni, hujan turun, tapi tak la terlalu lebat, kami redah ja, takut nanti rugi masa kalau berhenti. Dan jalan yang kami lalu untuk kesana, rasa macam jauh pulak, tak ikut dah map yang aku buat, tapi follow map dalam henset kawan aku. Akhirnya sampai kesana.

Kellie's Castle, ramai pengunjung, kami hanya duduk di luar saja, tak masuk, ambil gambar jarak jauh ja. Lagi pun expectation aku pasai castle nie lain skit.. haha.


Pakcik jaga parking, kena bayar kot.. tak pasti


Kereta penuh dalam tu.
Kami ambil jalan highway, untuk ke Kuala Kangsar. Hujan turun agak lebat kali nie, tapi perjalana perlu diteruskan untuk tamatkan ride sebelum malam. Oleh sebab naik highway, memang cepat sampai ke Kuala Kangsar yang tak berapa jauh.

Masjid Ubudiah, dah berkali-kali pergi, tapi tak masuk kedalam. Kali ini alasan sebab basah kuyup, hujan.


Masjid Ubudiah, cantek masjid nie. Len kali kena pi naik keta.



Selesai pusing-pusing, kami rehatkan diri dengan mengisi perut dengan cendol di food-court dekat ja dengan sungai. 

Perjalan pulang melalui highway dibasahi hujan dengan angin yang agak kuat. Dan duo ride ditamatkan dalam jam 7 malam. Best juga dapat pusing-pusing negeri Perak, rasa macam nak buat second trip pula.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...