بسم الله الرحمن الرحيم
"In the name of God, the Most Gracious, the most Merciful"
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
Ujung minggu, seperti biasa, tiada aktiviti spesific, jadi kali nie, aku rancang nak pergi ke Gunung Jerai dengan MTB. 14 Mei 2016 , 7 Syaaban 1437, awal pagi jam 7.15 pagi, aku mulakan kayuhan ke Gunung Jerai. Tapi bukanlah nak naik sampai atas, sekadar berada di bawah saja.
Kayuhan melalui jalan raya persekutuan, sebab aku tak tau jalan pintas nak pi sana. Ntah ada ntah tiada.
Jalan yang kejap naik bukit kejap turun bukit amat memenatkan sementara nak sampai ke kaki Gunung Jerai. Walaupun dah nampak, tapi sementara nak sampai, memang terasa keseksaannya.. Inilah sebab aku nak kena fit dan kurang skit beban badan nie, kalau tidak, tak dapat lah nak pi jauh lagi sebab cepat penat.
![]() |
Akhirnya sampai juga ke kaki Gunung Jerai Kedah. Perancangan nak patah balik berubah untuk teruskan ke Alor Setar. |
Plan awalnya hanya nak sampai kaki Gunung Jerai dah patah balik, bertukar jadi teruskan ke Alor Setar. Aku pun tak tau apa la yang aku pikirkan. Mungkin sebab awal lagi masa sampai kat kaki Gunung Jerai tu dalam jam 9 pagi. Jadi aku pun teruskan kayuhan ke Alor Setar. On the way, berenti sat minum kat 1 kedai tepi jalan. Lepas tu sebab nak kalut sangat, tertinggai botal air MTB aku. Elok dah jalan jauh dah, nak patah balik , memang tidak la, tak sanggup. Tapi syukur kehidrat Ilahi, pakcik yang jaga kedai tu, sanggup kejar aku dengan motorsikalnya sebab nak pulangkan botal air MTB aku yang tak seberapa tu.
Memang syahdu betul aku rasa, ada lagi manusia yang baik macam nie. Aku ucapkan banyak-banyak terima kasih kat dia sebab sanggup buat macam tu.
![]() |
Bertentang dengan Perhentian Bas Kota Sarang Semut nie, ada satu kedai makan, kecik ja. Tapi tuan kedai memang terbaik. Dia la yang kejaq aku dengan motor dia sebab nak pulangkan botol air MTB aku. |
![]() |
Posing beskal depan Masjid Zahir Alor Setar. |
![]() |
Menara Alor Setar dari Masjid Zahir. Dekat ja. |
![]() |
Rekod Strava. Hampir 79KM |
Balik dari Alor Setar, naik keta yang anak buah aku bawak mai ambik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan