بسم الله الرحمن الرحيم
"In the name of God, the Most Gracious, the most Merciful"
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
Sempena cuti hari pekerja, aku dan member plan untuk buat kayuhan dengan basikal bukit (mountain bike) ke Pulau Sayak dan Pantai Merdeka. Awal pagi, selesai keja lain, lebih kurang 7.15 pagi aku pun gerak ke lokasi perjumpaan, Sekolah Menengah Dato Kailan (dulu nama dia SMK Paya Keladi).
Jalan yang kami akan guna ikut Lahar Kepar terus ke Kota Kuala Muda dan akhir di Pulau Sayak dengan Pantai Merdeka. Dengan basikal MTB lokel edition aku ber' rim 26 inci dan kawan aku dengan rim 27.5 inchi, memang nampak gaya aku kena tinggai la.
![]() |
Nampak macam basikal tu tak mampu ja nak tampung rider yang berat.. hehe. Jalan kampung, lengang sebab hari kerja bagi negeri Kedah. |
![]() |
Siap dengan helmet tapi pakai sandal ja, stokin pun tak pakai. Jalan nie dah melepasi Kota Kuala Muda. |
![]() |
Kawan aku selfie guna GoPro4 dia. Kalau harap aku, memang tadak la gambar. |
Pantai Pulau Sayak. Kawasan nie terkenal dengan Mee Udang. Banyk kedai makan yang promote mee udang. Sejenis makanan yang aku tak makan. |
2 biji MTB park dibawah pokok. Kami rehat kejap, penat wooo. Waktu nie meter beskal aku dah tunjuk 38 KM. |
Posing dengan beskal masing-masing. Tapi pantai nie tak berapa cantek, penuh sampah. Manusia dan sampah, memang susah nak kata apa dah. |
Selesai bergambar di Pulau Sayak, kami gerak pula ke Pantai Merdeka. Dekat-dekat situ juga, cuma masa nak mai tu, kena naik bukit sikit jalan dia. Penat tu tak tertanggung.
![]() |
Pantai Merdeka. Ada gerai-gerai siap. Dah lama tak mari sini, rasa macam dah lebih 10 tahun. Tak ingat dah aku dulu pantai dia macam mana. |
Oleh sebab ada sedara kawan aku nie nak mai rumah dia, jadi kami gerak balik agak awai. Rehat kejap ja dekat Pantai Merdeka. Jam 11.45 pagi dah gerak balik. Time tu dah terasa bahang panas yang menyegat dengan matahari terpacak atas kepala.
Kami ikut jalan lain ke Kota Kuala Muda, kemudian ikut jalan ke Tikam Batu untuk lintas Jambatan Merdeka.
![]() |
Dekat tikam batu, lalu jalan kampung, kami posing seround. Kampung blah mak aku nie sebenarnya. |
![]() |
Jumlah jarak pi balik yang direkod oleh android GPS Speed Graph aku hampir 80 KM. |
Hampir sepanjang jalan balik, kami singgah semua gerai yang jual air kelapa, air tebu, air sirap bedal semua. Tak tahan aku , pi pagi , gerak balik tengahhari, tak penah lagi aku buat perangai macam tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan