Jumaat, 25 Mac 2016

Bujang Ride Jelajah Kedah Siri 1 : Gunung Jerai

بسم الله الرحمن الرحيم
"In the name of God, the Most Gracious, the most Merciful"
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

Hujung minggu, 19 Mac 2016, Sabtu, seperi biasa, selalunya tadak aktivi apa sangat yang nak dibuat dirumah selain basuh baju, dan kemas sikit-sikit bilik tu. Maka ride la yang menjadi kegemaran aku.. actually... aku pun tak tau. Jadi target kali ni, nak naik Gunung Jerai, antara gunung yang agak famous di Kedah dan Semenanjung Malaysia. Hutan dekat Gunung Jerai kira ok lagi, masih hijau-hijau. Puas mata memandang.

Lepas sarapan, aku capai bag galas, yang memang ada semua benda yang perlu masa jalan-jalan. Warm-up motor kecil ni, terus jalan. Plan untuk ikut highway masa pi dan ikut jalan persekutuan masa balik. Dalam jam 9.30 pagi aku dah sampai ke sana. Tak jauh gunung ni dari rumah, dekat ja dalam beberap puluh kilometer ja.


gunungjerai
Macam biasa, bergambar depan papan tanda besar Gunung Jerai.
Kira kaki gunung dah la. Gunung Jerai ni berada dalam jajahan Yan.
Cantik kawasan nie, terjaga rapi.

Jalan yang digunakan untuk naik ke atas Gunung Jerai. Jalan agak baik 8/10, dan lengang time nie, sebab masih awai kot

Sampai ke lokasi Muzium Perhutanan dan Kem Rekreasi Hutan Simpan Gunung Jerai. Tapi hari nie muzium tutup.

Pintu Utama Muzium Perhutanan Gunung Jerai. Sekadar mampu bergambar diluar saja.

Jalan menuju keatas yang semakin baik dan agak landai tak macam mula-mula dari bawah.

Info board. Hutan Simpanan Kekal Gunung Jerai telah diwartakan pada 30 mei 1953. Lama sungguh.. sekarang dah 2016. dah 63 tahun.

Akhirnya sampai ke kawasan atas. Tak tau apa nama lokasi nie, tapi kiri dan kanan ada hala tuju masing-masing.

Dari tengah, ambil kanan ada resort. Dengar kata harga resort dalam gambar nie boleh cecah RM200 semalam, tak tau la betul atau tidak.


Bunga apakah ini, macam pokok bunga yang merah tu. jarum apa tah nama.



Meneruskan perjalana, dari kawasan parking (tengah) tadi, ambil kanan, menuju naik keatas lagi . Jalan kecil , muat-muat 1 kereta dan 1 motor kalau perlu selisih. Kebanyakkan jalan naik ke atas nie agak teruk.

Sampai ke Padang Tok Sheikh. Tak berani tinggal motor, walau ada 3 buah kereta tangah parking disini. Naik atas sikit ada sign bord kawasan larangan dah, jadi setakat nie paling tinggi.


Kondisi jalan yang agak teruk dan merbahaya. Naik basikal atau motor scrambler mungkin best.


Tak pasti nie pondok atau rumah apa. Kosong dan sunyi ja. Orang pun tak nampak, mungkin berkelah dalam hutan.

Menuruni gunung.

Dikawasan tengah (simpang antara kiri dan kanan -resort) ada kawasan parking yang luas dan kedai makan. Tapi hari tu tak buka lagi. Awek tu tengah shoot gambar pemandangan guna henset.

Syukur akhirnya dapat juga naik Gunung Jerai dengan motorsikal. Kalau naik awal lagi mungkin dalam jam 8 pagi rasanya lagi sejuk dari waktu aku naik nie memandangkan Malaysia pada waktu nie sedang kemarau.
Kawasan yang sunyi dan lengang tanpa ramai manusia, memang rasa tenang jiwa. Memang best lokasi nie, patut datang lagi.

Selasa, 15 Mac 2016

Solo ride | bujang ride : Cameron Highland - Sg. Koyan - Raub - Bukit Fraser

بسم الله الرحمن الرحيم
"In the name of God, the Most Gracious, the most Merciful"
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"


Hari Sabtu 12 Mac 2016, perancangan ride yang pada mulanya duo ride telah bertukar jadi solo ride sebab rider sorang lagi tarik diri. Rancangan ride sehari tukar jadi 2 hari sebab solo ride. Mula 8.30 pagi Sabtu tu,  warm-up motor, kemudian terus ke highway Bertam untuk mulakan kembara 2 hari 1 malam.


Plan yang digunakan untuk semua ride aku.
Sebuah buku nota dengan lukisan "map" yang juga digunakan semasa "Kembara Solo Ride 8 Negeri".
Berguna amat buku ni, sebab aku boleh tahu jalan mana nak lalu dan aggaran kilometer dan jam.
Rujukan google map disalin ke buku ini.

Berhenti sebentar masa naik Cameron Highland

Ambil gambar depan signboard CH dan Gua Musang.
Teringin untuk lalu jalan Gua Musang ni, mungkin suatu hari.

Selepas Ringlet, laluan hendak ke Sg. Koyan, ada satu empangan dalam pembinaan.
Tak pasti nama empangan


Laluan Sg. Koyan, kawasan penempatan orang asli rasanya nie.

Jalan Sg. Koyan agak lengang

Jalan Sg. Koyan, pada waktu ni tiada kenderaan lain lalu.
Akhirnya sampai ke simpag tiga ke Raub.

Alhamdullillah, sampai pekan Raub. Cari hotel, bermalam dia hotel Jelai. Tiada gambar diambbil.

Bangunan Majlis Daerah Raub. Betul-betul bertentangan dengan Dataran Raub

Keesokannya bertolak ke Bukit Fraser. Cari signboard menghala ke Fraser.

Syukur, akhirnya selepas meleper beberapa minit ? jam ? .. sampai juga ke Bukit Fraser atau Fraser's Hill

Selfie sekali. Aperture 2.0 rasanya nie

Berhenti ditengah-tengah simpang untuk naik ke puncak Bukit Fraser.

Pintu gerbang bila nak turun nanti lepas naik puncak bukit.

Bergambar dekat batu tanda Bukit Fraser. Kamera atas motor, nampak windsheild didepan.
Gambar z250 berlatarbelakangkan jam Bukit Fraser yang tak jalan.

Gerak sekejap ke tepi.

Semasa nak turun, ada beberapa orang tengah ambil gambar burung.

Laluan sehala menuju ke bawah.
Selepas sampai kebawah, lalu ikut pintu gerbang "Selamat datang ke Selangor" dan terus turun ke Kuala Kubu Bahru. Jalan turun terasa pening kepala ini, sebab naik tadi pun dah pusing-pusing, meleper, turun pun meleper. 

Empangan Air Selangor

Berhenti sekejap, ada beberapa rider berenti untuk bergambar sebelah empangan ni.

selepas tu, perjalan terus ke Kuala Kubu Bahru, Tanjung Malim dan terus lalu ikut highway PLUS sampai ke Kepala Batas. Tapi kali ini, banyk berhenti rehat di RnR sepanjang highway, kepanasan melampau tidak mampu ditahan lagi. Ujian Allah kepada kita yang suka buat kerosakkan.


Jarak : ~ 770 km
Petrol : RM 60 @ RM1.60 RON 95




Isnin, 14 Mac 2016

Solo ride round island of penang, an incomplete ride

بسم الله الرحمن الرحيم
"In the name of God, the Most Gracious, the most Merciful"
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"


Pada ahad 6 Mac 2016, hari yang cerah, sesuai untuk aku ride round island hari ini. Seperti biasa, ambil kamera, kunci, tablet, henset, sumbat dalam beg galas dan jalan. Perjalanan yang dirakam bermula semasa nak naik feri la.. apa lagi. Ramai juga bikers naik feri kali nie.Pakcik, makcik , abang , kakak, yang bawak barang dan yang lenggang, semua dok tunggu feri.. bayaran feri RM2. Jarak lebih kurang 80KM ja aku pusing-pusing kali ni.


Beratur tunggu nak naik feri. Hari ahad, ramai orang.

Signboard ke balik pulau, lupa pulak nak bawa action camera time ni.
Tak dapat rakam jalan belok-belok

Berhenti sebentar dekat Taman Negara Pulau Pinang. Disini laluan penggemar jungle tracking.
Aku dah lebih 2 kali jungl tracking kat sini.. tapi yang betul-betul ingat, hanya 2. 

Empangan Teluk Bahang. Cantek pemandangan disini.
First time sampai pulak tu.. seingat aku la.

Berhenti sekejap di pekan balik pulau, rehatkan kaki.

Beberapa buah big bike juga round pulau macam aku.. hehe..
tapi dorang big bike.. aku small bike ja

Jauh menung, luas pemandangan.

Laluan ke Jambatan Kedua (Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah).
Ingat mula-mula nak lalu sebab tak pernah lalu lagi.
Tapi sebab nak kena ikut laluan motor, aku batalkan niat.

Last sekali, lalu Jambatan Pertama juga la. Laluan harian aku berulang alik kerja.
Pulau kecil tu pulau buatan.

Sabtu, 12 Mac 2016

Ride street photographyz nubis

بسم الله الرحمن الرحيم
"In the name of God, the Most Gracious, the most Merciful"
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"


Selepas seminggu selesai "kembara solo ride 8 negeri", ride ke pulau pinang bahagian pulau, untuk layan shoot street. Dengan kamera kompak , helemet dan kunci dicapai, start enjin, jalan...
Diri ini bukanlah seorang photographer, jadi gambar nubis jer la...

Naik feri RM2 bagi motor n RM1.40 bagi beskal.. ada rasa macam nak test sekali round town dengn beskal...insyaAllah,next time.

Testing shoot atas feri

Z250 aku berselindung disebalik motor-motor lain

Ada cerita disebalik setiap seni.

Pameran oleh hariharifoto grup.
Meraka ni fotografer jalanan, jadi pamiran pun jalan la .. haha. tapi hasil superb !

Aktivi oleh sebuah sekolah tentang pemakaian tudung/jilbab.
Abang sado tu adalah hiasan semata-mata

Asal usul nasi kandar ada terukir disini.

Tamat lah street photo by newbies yang memang tak reti guna kamera langsung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...