Jumaat, 25 Mac 2016

Bujang Ride Jelajah Kedah Siri 1 : Gunung Jerai

بسم الله الرحمن الرحيم
"In the name of God, the Most Gracious, the most Merciful"
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

Hujung minggu, 19 Mac 2016, Sabtu, seperi biasa, selalunya tadak aktivi apa sangat yang nak dibuat dirumah selain basuh baju, dan kemas sikit-sikit bilik tu. Maka ride la yang menjadi kegemaran aku.. actually... aku pun tak tau. Jadi target kali ni, nak naik Gunung Jerai, antara gunung yang agak famous di Kedah dan Semenanjung Malaysia. Hutan dekat Gunung Jerai kira ok lagi, masih hijau-hijau. Puas mata memandang.

Lepas sarapan, aku capai bag galas, yang memang ada semua benda yang perlu masa jalan-jalan. Warm-up motor kecil ni, terus jalan. Plan untuk ikut highway masa pi dan ikut jalan persekutuan masa balik. Dalam jam 9.30 pagi aku dah sampai ke sana. Tak jauh gunung ni dari rumah, dekat ja dalam beberap puluh kilometer ja.


gunungjerai
Macam biasa, bergambar depan papan tanda besar Gunung Jerai.
Kira kaki gunung dah la. Gunung Jerai ni berada dalam jajahan Yan.
Cantik kawasan nie, terjaga rapi.

Jalan yang digunakan untuk naik ke atas Gunung Jerai. Jalan agak baik 8/10, dan lengang time nie, sebab masih awai kot

Sampai ke lokasi Muzium Perhutanan dan Kem Rekreasi Hutan Simpan Gunung Jerai. Tapi hari nie muzium tutup.

Pintu Utama Muzium Perhutanan Gunung Jerai. Sekadar mampu bergambar diluar saja.

Jalan menuju keatas yang semakin baik dan agak landai tak macam mula-mula dari bawah.

Info board. Hutan Simpanan Kekal Gunung Jerai telah diwartakan pada 30 mei 1953. Lama sungguh.. sekarang dah 2016. dah 63 tahun.

Akhirnya sampai ke kawasan atas. Tak tau apa nama lokasi nie, tapi kiri dan kanan ada hala tuju masing-masing.

Dari tengah, ambil kanan ada resort. Dengar kata harga resort dalam gambar nie boleh cecah RM200 semalam, tak tau la betul atau tidak.


Bunga apakah ini, macam pokok bunga yang merah tu. jarum apa tah nama.



Meneruskan perjalana, dari kawasan parking (tengah) tadi, ambil kanan, menuju naik keatas lagi . Jalan kecil , muat-muat 1 kereta dan 1 motor kalau perlu selisih. Kebanyakkan jalan naik ke atas nie agak teruk.

Sampai ke Padang Tok Sheikh. Tak berani tinggal motor, walau ada 3 buah kereta tangah parking disini. Naik atas sikit ada sign bord kawasan larangan dah, jadi setakat nie paling tinggi.


Kondisi jalan yang agak teruk dan merbahaya. Naik basikal atau motor scrambler mungkin best.


Tak pasti nie pondok atau rumah apa. Kosong dan sunyi ja. Orang pun tak nampak, mungkin berkelah dalam hutan.

Menuruni gunung.

Dikawasan tengah (simpang antara kiri dan kanan -resort) ada kawasan parking yang luas dan kedai makan. Tapi hari tu tak buka lagi. Awek tu tengah shoot gambar pemandangan guna henset.

Syukur akhirnya dapat juga naik Gunung Jerai dengan motorsikal. Kalau naik awal lagi mungkin dalam jam 8 pagi rasanya lagi sejuk dari waktu aku naik nie memandangkan Malaysia pada waktu nie sedang kemarau.
Kawasan yang sunyi dan lengang tanpa ramai manusia, memang rasa tenang jiwa. Memang best lokasi nie, patut datang lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...