Rabu, 9 Mac 2016

Kembara Solo Ride 8 Negeri : Johor, Melaka (Hari Ketiga)

بسم الله الرحمن الرحيم
"In the name of God, the Most Gracious, the most Merciful"
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"


15 Februari 2016, destinasi seterusnya.. Johor Baharu. Selesai sarapan pagi dihotel yang aku nginap, aku pun mulakan perjalanan yang akan makan masa lama kali ini. Dengan berpandukan papan-papan tanda, aku meneruskan kembaraku ke Johor Baharu.. JDT.

Hotel di kuatan. receptionist dia memang friendly betul.

Berhenti isi minyak motor dulu, sebelum nak lalu jalan ke Rompin.
Jalan yang agak panjang dan susah nak jumpa stesen petrol.



Berhenti sekejap untuk snap satu gambar. Jalan yang lengang tapi cantik dan molek.. hehe.. kalau superbike mungkin bawa laju kat jalan ni, tapi aku bawa dengan halaju standard.. 90-100km/jam saja, sesuai dengan enjin kapasiti kecil. Tenang sekali lalu jalan ni, bebas dari segala jenis jem. Keindahan hutan hijau dikiri-kanan jalan. Indahnya ciptaan Allah.

Beberapa buah kereta melalui jalan ini. Hanya 2 kali saja aku berhenti masa lalu jalan Pekan -> Rompin -> Mersing.
Syukur motor aku punyi tangki yang agak besar, 17 liter dengan CC yang kecil, agak jimat juga la.
Seperti biasa... jalan yang lengang, kesunyian yang membuatkan kita terfikir bilamana aku mati kelak, bagaimanakah keadaan aku.



Selfie depan mercu tanda sempadan antara Pahang dengan Johor. Walaupun panas lit-lit, aku tetap pakai baju hujan sebab di depan tu nampak jelas awam gelap tanda-tanda nak hujan. Bersedia sebelum kena.


Gambar penuh.. sempadan Pahang Johor. Betul-betul selepas jambatan pemisah sempadan.


Sampai ke Mersing. Rugi pulak sebab tak dapatkan posisi untuk shoot gambar tulisan mersing bagi cantik-cantik.
Tapi bolehlah, tanda kata dah sampai Mersing.

Selepas lalu Mersing, jalan yang seterusnya lebih kurang macam jalan Pekan ke Rompin. Jalan yang lengang, kurang kenderaan, dan kiri-kanan hanya ada kebun kelapa sawit sahaja. Satu gambar pun aku tak shoot sepanjang jalan ni sebab kepanasan yang mengundang kemalasan.. haha. 
Dah lama ride, akhirnya sampai juga ke Johor Baharu. Fuh, rasa macam keluar dari hutan , masuk ke bandar besar, rasa amat-amat ketara beza jalan tadi dan jalan di JB.




JB central. Tak singgah aku untuk masuk dalam bangunan ni. Tak sanggup nak redah ratusan manusia. Ramai sungguh tempat ni.



Bergambar dekat apa tah nama tempat ni. Depan bangunan majlis bandaran. Beberapa keping gambar aku amik tapi tak upload ke blog ni, private only.


Disebabkan berlaku perubahan plan, aku terpaksa batalkan niat untuk bermalam di JB dan proceed untuk bermalan di Melaka. Memang memenatkan, sebab dengan cuaca sekejap panas terik, sekejap hujan, angin yang kuat dan jarak lebih kurang 538 KM dari Kuatan ke Melaka. Tak sabar aku nak sampai ke melaka masa time ni, penat sesangat.



Akhirnya, exit tol ke Melaka, tak sabar nak cari hotel dan tidur. Kepenatan melampau dah ni, kepala pun dah tak dapat fikir secara rasional dah nie.. hehehe.



Melaka: Bangunan hotel tempat aku menbermalam


Melaka : tengok dari jauh ja



Melaka: Shoot gambar tulis world heritage city

Bandar Melaka : Jambatan Pasar


Melaka : Masjid Kampung Hulu, bersebelahan hotel tempat aku bermalam. Untung hotel sebelah masjid, boleh dengaq azan subuh. Tapi sayang aku tak mampu nak bangun awal pagi tu. Betapa ruginya.

Perjalanan yang lama dan memenatkan. Tapi best.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...