Isnin, 14 Mac 2016

Solo ride round island of penang, an incomplete ride

بسم الله الرحمن الرحيم
"In the name of God, the Most Gracious, the most Merciful"
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"


Pada ahad 6 Mac 2016, hari yang cerah, sesuai untuk aku ride round island hari ini. Seperti biasa, ambil kamera, kunci, tablet, henset, sumbat dalam beg galas dan jalan. Perjalanan yang dirakam bermula semasa nak naik feri la.. apa lagi. Ramai juga bikers naik feri kali nie.Pakcik, makcik , abang , kakak, yang bawak barang dan yang lenggang, semua dok tunggu feri.. bayaran feri RM2. Jarak lebih kurang 80KM ja aku pusing-pusing kali ni.


Beratur tunggu nak naik feri. Hari ahad, ramai orang.

Signboard ke balik pulau, lupa pulak nak bawa action camera time ni.
Tak dapat rakam jalan belok-belok

Berhenti sebentar dekat Taman Negara Pulau Pinang. Disini laluan penggemar jungle tracking.
Aku dah lebih 2 kali jungl tracking kat sini.. tapi yang betul-betul ingat, hanya 2. 

Empangan Teluk Bahang. Cantek pemandangan disini.
First time sampai pulak tu.. seingat aku la.

Berhenti sekejap di pekan balik pulau, rehatkan kaki.

Beberapa buah big bike juga round pulau macam aku.. hehe..
tapi dorang big bike.. aku small bike ja

Jauh menung, luas pemandangan.

Laluan ke Jambatan Kedua (Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah).
Ingat mula-mula nak lalu sebab tak pernah lalu lagi.
Tapi sebab nak kena ikut laluan motor, aku batalkan niat.

Last sekali, lalu Jambatan Pertama juga la. Laluan harian aku berulang alik kerja.
Pulau kecil tu pulau buatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...