Khamis, 10 Mac 2016

Kembara Solo Ride 8 Negeri: Cameron Highland (Perak & Pahang) , Penang -(Hari Ke Empat - Last Day)

بسم الله الرحمن الرحيم
"In the name of God, the Most Gracious, the most Merciful"
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"


Syukur ke hadrat Ilahi, aku telah melepasi perjalanan dari pantai timur hingga ke pantai barat. Pada hari terakhir "kembara solo ride 8 negeri", aku akan melalui Cameron Highland naik dari Tapah dan turun ke Simpang Pulai. Kiranya aku akan jejakan motor aku ke Perak sebab tak jadi nak singgah ke Ipoh.

Aku dah penah ride ke Ipoh sebelum ni, tak tahu nak buat apa masa sampai, jadi kali ni tak jadilah nak singgah. Awal pagi, selesai sarapan, aku pun bertolak dari rumah abangku di Kuala Selangor menuju ke Tapah ikut highway. 

Naik ke Cameron Highland dari Tapah, jalanya amat-amat teruk bagi aku. Jalan yang berlubang-lubang dengan lori-lori yang amat laju, bahaya sungguh ikut jalan ni. Tapi dah lalu, terpaksa teruskan juga. Beberapa kali juga aku tersangkut di belakang lori sebab tak boleh nak potong. Amat-amat tak digalakkan guna jalan ni kalau ride, malah kereta pun aku rasa macam membebankan.


Menuju ke Tanah Rata dari Tapah. Dengan lafaz Bismillah, mula la jalan motor ni.



Sempat singgah sekejap dekat air terjun Lata Iskandar



Lata Iskandar, tak ramai orang waktu ni. Ada yang naik ke atas guna tangga kat sebelah kanan tu.



Semakin menghampiri Tanah Rata, berhenti sejenak sambil menikmati kehijauan bumi Allah.



Selfie seround




Testing shoot gambar.. hehe



Ladang teh Bharat


Berhenti kat ladang teh Bharat, tapi tak minum, jimat cermat, hirup udara yang boleh kata segar juga kat sini sudah.



Beberapa family berhenti kat sini, siap gi minum dengan melawat kat dalam tu.
Selepas tu , aku terus ja jalan dengan motor aku ni, tak berhenti kat mana-mana dah. Nak shoot gambar pun dah malas bila dok nampak banyk bahagian Cameron nie yang dah tak macam dulu-dulu. Kehijauannya telah diratah oleh manusia-manusia yang tamak, yang nampak hanya tanah merah bukit yang dibotakkan. Benarlah, manusialah punca kerosakkan dibumi Allah ini. Tak sanggup aku nak shoot gambar lagi.


First time aku berhenti dekat sini. Sebelum ni naik bas dengn kereta, jadi tak sempat nak bergambar.

Selepas tu aku turun ke Simpang Pulai dan terus pulang ke rumah. Sampai dalam jam 3.30 ptg.
Maka tamatlah "kembara solo ride 8 negeri".


Jumlah jarak keseluruhan : ~ 1800 km .. sikit ja
Jumlah petrol : RM130 @ RM1.75/liter kadang2 aku isi RON 97 @ RM2.05/liter
Kelajuan purata : 80-90km/j .. memang slow saja aku bawa motor.


Dari kembara aku ini, banyak perkara yang aku belajar dan alami. Tentang kehidupan satu-satu masyarakat. Tentang sifat sebenar manusia. Tentang baik dan buruk manusia. Bilamana melihat manusia lain, kita sebenarnya melihat diri sendiri. Kita mungkin hilang arahtuju bila mana kita ingkar akan perintah Pencipta Kita Yang Maha Kuasa.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...