Selasa, 8 Mac 2016

Kembara Solo Ride 8 Negeri : Kelantan (Hari Pertama)

بسم الله الرحمن الرحيم
"In the name of God, the Most Gracious, the most Merciful"
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"


Ini adalah perjalanan pertama yang boleh dikategorikan paling jauh penah aku buat. Sebelum ini adalah solo ride suka-suka dari Penang ke Kedah dan Perlis tanpa hala tuju. Kali ni pun tanpa hala tuju juga.. hehe.

Tapi kali ini aku mengambil keputusan mengembara ke 8 negeri secara solo yang mana pada asalnya dirancang bersama seorang lagi rider yang tarik diri.
8 negeri ,Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak.
Tapi, kembara kali ini hanyalah sekadar melalui atau menjejak kaki ke setiap negeri-negeri tadi.

Tanggal 13 Februari 2016, 8.00 pagi, bermulalah pengembaraan kecil-kecil yang pertama.

Motorsikal kecil Kawasaki Z250 yang digunakan dalam kembara in



Target untuk hari pertama untuk sampai ke Kota Baharu sebelum petang. Route digunakan ...
Padang Serai -> Baling -> Gerik -> Jeli -> Rantau Panjang-> Kota Baharu.

Mula lalu laluan Gerik diawal pagi, agak lengang dan sedikit berkabus. Tambah pula cuaca macam mendung sikit pagi tu, satu benda yang aku risau ialah hujan masa nak lalu Jalan Gerik nanti, jalan boleh jadi lincin., amat tak bagus untuk tayar Z250 aku yang murah ni.

Semasa sampai ke Hentian Banjaran Titiwangsa, cuaca amat-amat mendung dan berkabus, awan agak hitam merisaukan hati akan hujan yang mungkin turun. Tapi syukur hujan yang agak lebat  hanya turun semasa aku sampai ke Pasir Mas. Lepak sekejap sementara menunggu hujan berenti disebuah stesen petrol Petronas sambil hilangkan kebas-kebas badan dan sempat aku makan 2 bungkus roti gardinier. huhu.

Selepas hujan berhenti, perjalanan pun diteruskan, dan ditakdirkan semasa hendak bergerak keluar dari Petronas tempat berteduh, tetiba motorsikal aku tergelincir tayar belakang dan hilang kawalan.. Apa lagi, terbongkang la aku terbalik kat Petronas tu.

Kesan calar akibat jatuh
Dalam hati ni, macam-macam aku pikir masa motor nak jatuh, risau jadi apa-apa kat motor . Sudah la terjatuh, nak angkat motorsikal ni, bukan mudah, agak berat juga, nasib ada sorang lelaki datang tolong aku angkat. Lepas tu aku terus check condition motor kesayangan aku ni. Memang sedih, abis bercalar-balar coverset, break-lever, exzos. Nasib aku ada pasang body-slider, dapat juga kurangkan impak dia.

Perjalan diteruskan juga disebalik kejadian, ke Kota Baharu dan sampai ke sana dalam jam 2 petang. Sampai saja disana terus aku contact sorang kawan yang balik bercuti untuk minta bantuan carikan aku hotel untuk aku bermalam. Nak minta tumpang rumah dia pun agak segan la, sebab dia dah berkeluarga. 

Jadi pusing-pusing, akhirnya aku pilih untuk bermalam di Tune Hotel betul-betul sebelah KB Mall. Harga memang boleh tahan la mahal, tapi sebab pikirkan motor aku yang nak kena park malam nanti, aku ambil juga bilik kat hotel tu. Terbang RM120. 


Kawan aku yang tadi tu datang dengan isteri, anak dengan kakak iparnya,  pick-up aku dan bawa aku jalan-jalan sambil menjamu selera. Siap belanja lagi.. hehe..  Terima kasih bebanyak Azrymie & Wife sebab entertain aku masa kat Kota Baharu haritu.



Selesai jalan-jalan sambil makan-makan, apa lagi, balik hotel tidur saja la.. get ready untuk ride esok pula.


Gambar-gambar semasa dalam perjalanan dan sepanjang berada di KB:

Pantai apa tah nama.. aku pun tak hingat.
Tune hotel .. betul-betul sebelah KB Mall.. RM120 semalam... fuh

On the way to KB.. ada markas tentera darat.. jalan Grik lagi rasanya.



Kedai makan kat pantai yang kawan aku bawa jalan-jalan.
Kat sini makan aiskrim kelapa, sedap juga.

Hari pertama ni, tak banyak gambar yang aku shoot sebab masih nervous.. hehe.. sebenarnya, hujan, risau kamera kompak yang baru beli tu jahanam jer.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...