بسم الله الرحمن الرحيم
"In the name of God, the Most Gracious, the most Merciful"
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
Hari kedua solo ride kali ini, aku meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Lepas selesai sarapan roti jagung gardnier ,s eperti biasa, aku yang tidak mempunyai GPS ni, hanya ikut papan tanda sepanjang perjalan dengan harapan, betullah papan tanda tu
guide aku ke jalan yang lurus.. hehe.
Selagi papan tanda ada tulis "Kuala Terengganu", aku
follow jer.
Perjalanan di pantai timur ni, aku memilih untuk lalu ikut jalan biasa (jalan persekutuan) dan tidak mahu gunakan highway langsung, Lebuhraya Pantai Timur rasanya. Lagi pun, aku ingin lihat keadaan sepanjang jalan, memerhatikan keindahan alam.
Gambar-gambar yang di shoot.
 |
Pantai.. as usual, aku pun tak tahu nama.. tapi ada member cakap ni gambar kalendar... haha |
 |
gambar motor ke 2 |
 |
Melihat jauhhh........ memikirkan masa depan :D |
 |
Tank bag GIVI nie amat berguna, waterproof lagi, tak rugi aku beli. |
 |
Kasi edit sikit, tak tahu la nak tulis apa |
 |
Belum sempat posing, kamera dah snap.. hehe |
 |
Macam biasa la, kalau ke Kuala Terengganu, mesti masjid kristal jadi tempat shoot gambar-gambar.
|
 |
Masjid Kristal pandangan sisi.. haha |
 |
Berhenti kejap tepi jalan, sebab nak snap gambar bukit yang ada tulisan " Allah Peliharakanlah Terengganu".
|
Dekat Kuala Terengganu, aku tak singgah lama, hanya sekadar berjumpa dengan kawan masa study dulu, borak-borak dengan dia kejap, makan tengahari siap belanja.. hehe. dan lepas tu perjalanan diteruskan. Target nak sampai ke Kuantan, Pahang sebelum jam 6 petang. Semua lokasi aku target sampai sebelum jam 6 petang sebab nak solat jamak, kalau terlewat dah tak jadi solat jamak dah.. hahaha.
Laluan aku seterusnya akan ikut jalan tepi pantai , macam biasa, melalui Dungun, Gebeng, sampai la ke Kuatan.
 |
Saja aku berenti kat masjid Paka, sebab dok teringat UAI.. kalau la boleh jumpa dia |
 |
Datang |
 |
dan Pergi |
 |
Banyak sungguh gambar pantai yang aku shoot, ntah apa-apa la..
|
Laluan aku ke Kuantan tidaklah seindah yang disangak bila aku sampai ke Gebeng. Debu-debu tanah merah dengan jalan yang berlubang-lubang, masih kelihatan jelas. Ada juga aku perasan beberapa khemah JPJ di kiri kanan jalan, mungkin mengawal kemasukkan lori-lori yang bawa bauksit kot.. tak pasti la. Tapi lori tak banyak, cuma kesan tanah merah tu memang agak teruk.
Syukur, dalam jam 6 petang, aku memasuki Kuantan dan mula mencari hotel untuk bermalam. Sebuah hotel berhampiran stadium Kuantan menjadi sasaran. RM 98 + breakfast. Ok la.
Ada lagi hotel yang budjet dalam RM60, tapi park motor macam tak berapa best.
 |
Masjid kat bandar Kuantan. Depan masjid nie ada padang, ramai juga family yang melepak kat situ. |
Jam 11 malam, aku dah tidur, keletihan melampau. Ready for next journey.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan