بسم الله الرحمن الرحيم
"In the name of God, the Most Gracious, the most Merciful"
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
Hari Sabtu 12 Mac 2016, perancangan ride yang pada mulanya duo ride telah bertukar jadi solo ride sebab rider sorang lagi tarik diri. Rancangan ride sehari tukar jadi 2 hari sebab solo ride. Mula 8.30 pagi Sabtu tu, warm-up motor, kemudian terus ke highway Bertam untuk mulakan kembara 2 hari 1 malam.
 |
Plan yang digunakan untuk semua ride aku.
Sebuah buku nota dengan lukisan "map" yang juga digunakan semasa "Kembara Solo Ride 8 Negeri".
Berguna amat buku ni, sebab aku boleh tahu jalan mana nak lalu dan aggaran kilometer dan jam.
Rujukan google map disalin ke buku ini. |
 |
Berhenti sebentar masa naik Cameron Highland |
 |
Ambil gambar depan signboard CH dan Gua Musang.
Teringin untuk lalu jalan Gua Musang ni, mungkin suatu hari. |
 |
Selepas Ringlet, laluan hendak ke Sg. Koyan, ada satu empangan dalam pembinaan.
Tak pasti nama empangan |
 |
Laluan Sg. Koyan, kawasan penempatan orang asli rasanya nie. |
 |
Jalan Sg. Koyan agak lengang |
 |
Jalan Sg. Koyan, pada waktu ni tiada kenderaan lain lalu. |
 |
Akhirnya sampai ke simpag tiga ke Raub. |
 |
Alhamdullillah, sampai pekan Raub. Cari hotel, bermalam dia hotel Jelai. Tiada gambar diambbil. |
 |
Bangunan Majlis Daerah Raub. Betul-betul bertentangan dengan Dataran Raub |
 |
Keesokannya bertolak ke Bukit Fraser. Cari signboard menghala ke Fraser. |
 |
Syukur, akhirnya selepas meleper beberapa minit ? jam ? .. sampai juga ke Bukit Fraser atau Fraser's Hill |
 |
Selfie sekali. Aperture 2.0 rasanya nie |
 |
Berhenti ditengah-tengah simpang untuk naik ke puncak Bukit Fraser. |
 |
Pintu gerbang bila nak turun nanti lepas naik puncak bukit. |
 |
Bergambar dekat batu tanda Bukit Fraser. Kamera atas motor, nampak windsheild didepan. |
 |
Gambar z250 berlatarbelakangkan jam Bukit Fraser yang tak jalan. |
 |
Gerak sekejap ke tepi. |
 |
Semasa nak turun, ada beberapa orang tengah ambil gambar burung. |
 |
Laluan sehala menuju ke bawah. |
Selepas sampai kebawah, lalu ikut pintu gerbang "Selamat datang ke Selangor" dan terus turun ke Kuala Kubu Bahru. Jalan turun terasa pening kepala ini, sebab naik tadi pun dah pusing-pusing, meleper, turun pun meleper.
 |
Empangan Air Selangor |
 |
Berhenti sekejap, ada beberapa rider berenti untuk bergambar sebelah empangan ni. |
selepas tu, perjalan terus ke Kuala Kubu Bahru, Tanjung Malim dan terus lalu ikut highway PLUS sampai ke Kepala Batas. Tapi kali ini, banyk berhenti rehat di RnR sepanjang highway, kepanasan melampau tidak mampu ditahan lagi. Ujian Allah kepada kita yang suka buat kerosakkan.
Jarak : ~ 770 km
Petrol : RM 60 @ RM1.60 RON 95
Tiada ulasan:
Catat Ulasan